Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Titah Adendum: Ini beban dicipta kerajaan sendiri, kata Saifuddin

12 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Titah Adendum: Ini beban dicipta kerajaan sendiri, kata Saifuddin

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengkritik keras kerajaan mengenai Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menganggap isu tersebut sebagai beban yang dicipta kerajaan sendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Beliau berkata, perkara tersebut sepatutnya dapat diselesaikan sekiranya kerajaan segera menjelaskan kedudukan sebenar Titah Adendum itu tanpa membiarkan ia berlarutan sehingga mencetuskan kekeliruan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706619/berita/politik/titah-adendum-ini-beban-dicipta-kerajaan-sendiri-kata-saifuddin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #titahadendum #SaifuddinAbdullah #Kuantan