Amaran hujan berterusan

A
A
A
ORANG ramai meredah hujan ketika tinjauan foto Bernama di Pusat Bandar Seremban hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi Negeri Sembilan, amaran hujan berterusan tahap waspada itu melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pameran Semangat Asean

No Image Caption
GALERI

Hari Keputusan SPM 2024

No Image Caption
GALERI

Jom Baca Bersama 10 Minit

No Image Caption
GALERI

Kebakaran di Kampung Batu Putih