X

Kindly register in order to view this article
!

'Ashraf lebih sihat daripada kami'

Foto Instagram Bunga Cinta Lestari
A
A

PEMERGIAN pelakon mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair pada usia 40 tahun dipercayai sakit jantung di Jakarta pagi ini mengejutkan semua kenalannya.

Menurut pengurus isteri Allahyarham, penyanyi Bunga Cinta Lestari, Ashraf tidak menghidapi sebarang penyakit.

"Tiada (riwayat). Dia sihat, di antara kami semua, dia paling sihat," kata Doddy ketika ditemui Kompas di rumah mayat di Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

Doddy turut meminta ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham tabah menghadapi saat duka itu.

"Pasti teman-teman (media) tahu. Ya, doakan aja semuanya yang ditinggalkan diberi ketabahan," ucap Doddy.

Bakat Allahyarham masih ditagih sumbangannya dalam dunia seni namun apakan daya kuasa ALLAH tiada siapa dapat menghalang.

Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa kira-kira jam 3.45 waktu tempatan dan jenazahnya dilaporkan tiba di rumah pengebumian di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan, jam 7.33 pagi waktu tempatan.

Upacara pengebumian suami BCL dijadual berlangsung di Sandiego Hills pada jam 8.04 pagi waktu Indonesia (9.04 pagi waktu Malaysia).

Ketika ini, kesemua ahli keluarga sedang mengurus upacara pengebumian jenazah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus