‘Ingat ular senduk, rupanya penyepit langsir’

Anggota bomba menangkap 'binatang' disangka ular, rupa-rupanya hanya penyepit langsir berbentuk S.
Anggota bomba menangkap 'binatang' disangka ular, rupa-rupanya hanya penyepit langsir berbentuk S.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang anggota bomba berkongsi kisah mencuit hati menangkap seekor ular berbentuk ‘S’ yang sebenarnya hanyalah penyepit langsir.

Bomba tersebut yang dikenali sebagai Pakdo Mat memuat naik kisah tersebut di Facebook yang turut berkongsi beberapa gambar ular tersebut yang kini tular di media sosial.

“Terima panggilan kecemasan ular senduk di dalam rumah. Sampai di lokasi sebenarnya bukan ular senduk, sebaliknya penyepit langsir yang seakan-akan ular senduk.

“Saya memuji pemanggil kerana terlalu cakna akan keadaan tersebut. Alhamdulillah, bagi kami, ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang harus kami pikul. Sedia menyelamat,” tulisnya.

Bomba tersebut yang dikenali sebagai Pakdo Mat memuat naik kisah tersebut di Facebook yang turut berkongsi beberapa gambar ular tersebut yang kini tular di media sosial.
Bomba tersebut yang dikenali sebagai Pakdo Mat memuat naik kisah tersebut di Facebook yang turut berkongsi beberapa gambar ular tersebut yang kini tular di media sosial.

Dalam pada itu kiriman tersebut kini meraih 6,600 tanda suka dan 9,200 netizen berkongsi kisah tersebut.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan netizen yang terhibur dengan insiden yang berlaku dan memuji tindakan anggota bomba yang amanah dalam melaksanakan tugasan.

“Tidak mengapa, inilah namanya tanggungjawab. Abang bomba akan disegani dan dihormati bukan melalui operasi, malah menyantuni kegusaran dan kesusahan orang ramai,” tulis Manaf Madiha di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Surina Ahmad pula memberitahu, “Aku rasa tuan rumah ini terlalu takut bila tengok dari jauh seperti ternampak ular tetapi aku hormat abang bomba sebab walaupun itu bukan ular, dia tetap jalankan tugasan sebagai seorang bomba," katanya.

Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang terhibur dengan insiden yang berlaku dan memuji tindakan anggota bomba yang amanah dalam melaksanakan tugasan.
Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang terhibur dengan insiden yang berlaku dan memuji tindakan anggota bomba yang amanah dalam melaksanakan tugasan.