BN hadiahkan calon yang diyakini, disukai: Wan Rosdy

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Pemilihan bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor sebagai calon BN pada PRK Cameron Highlands kali dibuat selepas mengambil kira aspek utama antaranya diyakini dan disukai rakyat.

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN memilih calon yang dikehendaki rakyat dan hadiahkan kepada rakyat calon yang memang diyakini, disukai selain punyai kelulusan.

"Saya penuh yakin rakyat akan memilih calon yang boleh mewakili mereka.

"Kita dah buat yang terbaik,,saya dan rakan-rakan telah berbincang serta mendapatkan pandangan rakyat, jadi saya dengar dan bawa ke pihak atasan untuk membuat keputusan dan ini la hasilnya,” jelasnya.

Ujarnya, beliau melihat ahli parti sudah matang dan boleh menerima perubahan yang dilakukan.

“Sekarang bukan apa yang parti nak tapi apa yang rakyat nak,dan kita serahkan kepada rakyat untuk mengundi,”ujarnya keputusan itu dibuat selepas mendapat kesepakatan bersama MIC.

Dalam perkembangan sama, beliau ketika ditanya mebngenai tindakan Presiden MyPP, Tan Sri M.Kayveas menarik diri sebagai calon Bebas dan memilih menyokong calon PH, M.Manogaran dalam PRK Cameron Highlands itu, Wan Rosdy berkata, hanya Kayveas yang boleh beri jawapannya.

“Saya tak tahu, kena tanya dia (Kayveas)..hanya dia yang tahu,” katanya selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad ,Tanah Rata, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Kayveas mengumumkan menarik diri sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut dalam sidang media di pekarangan sekolah terbabit.

Keputusan itu menyaksikan pertandingan empat penjuru menyaksikan BN mempertaruhkan Ramli manakala PH diwakili Manogaran selain kejutan dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib.