Lelaki maut jatuh tingkat empat

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SELAYANG - Seorang lelaki maut dipercayai jatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Jalan Bukit Idaman petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di atas jalan raya bersebelahan tempat letak kenderaan berbumbung kondominium itu.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 3.10 petang tetapi penduduk memberitahu mangsa tidak tinggal di situ dan ada yang nampak lelaki itu berlegar-legar di kawasan lobi bersendirian," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas bedah siasat di Hospital Selayang mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: