KDA FC bawa bekalan tiga gol ke Cheras
KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya mengatasi Kuala Lumpur Rovers 3-0 pada suku akhir pertama Challenge Cup 2024/2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Kejayaan tersebut menyaksikan Sang Kenari membawa bekalan tiga gol ke Cheras untuk perlawanan kedua pada 22 Disember ini.
Pada perlawanan tersebut, Jose Cleylton berjaya meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0 pada minit ke-40 melalui tandukan untuk menewaskan penjaga gol KL Rovers, Asyraaf Omar sebelum tamat separuh masa pertama.
Gol kedua yang diburu Sang Kenari pula muncul pada minit ke-64 menerusi Aiman Afif untuk kedudukan 2-0.
Ebenezer Assifuah memastikan kedudukan KDA FC makin selesa apabila menyudahkan hantaran Fayadh Zulkifli bagi gol ketiga pada minit ke-77 untuk meletakkan tuan rumah selesa di hadapan 3-0.
Sang Kenari terus memburu gol tambahan namun pasukan pelawat berjaya mengekang asakan sehingga ke wisel penamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!