Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke separuh akhir di Hangzhou

Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan momentum positif di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, pada Jumaat.
Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan momentum positif di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, pada Jumaat.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan apabila menjinakkan cabaran juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, Lee Yang-Wang Chi-Iin dari Taiwan dalam Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 di Hangzhou, China, pada Jumaat.

Beregu nombor tujuh dunia tersebut sebelum itu hadir ke gelanggang diinspirasikan kemenangan ke atas wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan, 15-21 21-19 21-13 dalam masa 53 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin bermula garang berdepan Lee Yang-Chi-lin yang jauh berpengalaman ternyata berdepan saingan sengit sebelum menang 23-22.

Set kedua, Sze Fei-Nur Izzuddin tidak menoleh ke belakang lagi memanfaatkan sepenuhnya momentum set pertama untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 21-12 dalam masa 42 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin memulakan kempen Kumpulan A berdepan jagoan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Kim Astrup dengan langkah kiri apabila tewas 18-21, 21-16, 21-14 dalam masa 74 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!