Warga Singapura maut motosikal berkuasa tinggi terbabas

Kemalangan membaitkan motosikal berkuasa tinggi di kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan ( arah selatan), pada Selasa.- Foto Polis Kulai
Kemalangan membaitkan motosikal berkuasa tinggi di kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan ( arah selatan), pada Selasa.- Foto Polis Kulai
A
A
A

KULAI - Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi warga Singapura maut manakala penunggang cedera selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 49.5, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa wanita berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki Ninja ZX-10 ditunggang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dari arah utara ke selatan dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

"Akibat dari kemalangan itu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala penunggang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim," katanya dalam kenyataan.

Seng Lee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!