Siasatan terhadap Roger Ng masih diteruskan – KPN

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berkaitan berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Roger Ng masih lagi dalam kawalan pihak polis untuk membantu siasatan.

"Siasatan masih berjalan, dia masih dalam kawalan kita lagi, ada ada lagi maklumat yang kita perlukan untuk mendapatkan bukti dokumen berkaitan untuk kita kaji semula.

"Ia bukan macam satu kertas, dua kertas dokumen itu banyak," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri pelancaran Buku 'Coffee Table' Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Mandarin Oriental di sini, pada Selasa.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam mengekalkan keamanan negara.

Pada Isnin peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdulla membuat permohonan kepada mahkamah bagi membolehkan pihaknya menemu bual Roger Ng yang kini berada dalam tahanan pihak polis.

Muhammad Shafee dilaporkan berkata, usaha mendapatkan temu bual bersama Roger Ng adalah langkah pertama yang diperlukan bagi proses pembelaan terhadap Najib, berhubung skandal 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan terhadap Roger Ng masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Razarudin mengesahkan polis telah membuat tangkapan terhadap Roger Ng berkait dengan siasatan skandal 1MDB pada 9 Oktober tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!