BN ada hak tanding PRN Sabah - Bung Moktar

Bung Moktar Radin
Bung Moktar Radin
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal dengan pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) berhak untuk bertanding dalam pilihan raya di negeri ini.

Bung Moktar berkata demikian bagi membidas ucapan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan pada majlis pelancaran Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru yang mahu parti dari Semenanjung keluar dari Sabah.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, Jeffrey dilihat berusaha menjadi hero di dalam parti GRS yang sedang tenggelam namun tidak berjaya.

"Adalah menjadi hak BN untuk bertanding dan membawa aspirasi rakyat. Sejarah tidak pernah lupa bahawa Jeffrey Kitingan juga pernah menjadi ahli BN suatu masa dulu.

"Beliau dengan sewenang-wenangnya menuduh orang lain sebagai pengkhianat sedangkan beliau sendiri adalah pengkhianat terbesar di Sabah," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Bung Moktar berkata, Jeffrey bukan hanya dikenali ramai sebagai pengkhianat dengan 'melompat' parti tetapi mengkhianat abangnya sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu kerana tamak.

"Sebagai seorang pemimpin, lebih baik Jeffrey fokus kepada perkara lebih besar dan utama dalam parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) beliau sendiri seperti skandal rasuah yang tular melibatkan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS.

"Dengan memomokkan ‘rumah kita, kita jaga’ yang dilaung-laungkan GRS adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah kerana rumah yang mereka jaga hampir musnah kerana perbuatan meminta dan menerima rasuah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jeffrey yang juga Timbalan Pengerusi GRS ketika berucap baru-baru ini mengatakan mahu parti dari Semenanjung supaya keluar dari Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!