Bunuh kakak, abang ipar dan anak saudara kerana gagal pinjam wang

Tiga beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad pada Jumaat manakala Yusa masih berada di dalam tahanan polis. Foto Agensi
Tiga beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad pada Jumaat manakala Yusa masih berada di dalam tahanan polis. Foto Agensi
A
A
A

KEDIRI - Gara-gara tidak dipinjamkan wang, seorang lelaki tergamak membunuh kakak kandung, abang ipar dan anak saudaranya.

Perbuatan itu dilakukan Yusa Cahya Utomo, 35, di Desa Pandantoyo, Kecamatan Ngancar di Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu lalu.

Anak bongsu kakaknya Samuel Putra Yordaniel, 8, bagaimanapun ditemui dalam keadaan cedera parah dan kiri dirawat di hospital.

Siasatan awal polis mendapati kesemua mangsa, Kristina, 36, Agus Komarudin, 38, dan anak mereka, Christian Agusta Wiratmaja Putramengalami, 11, mengalami kecederaan pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Suspek berjaya diberkas di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur sehari selepas kejadian itu.

Hasil soal siasat mendapati Yusa berasa tersinggung kerana Kristina enggan meminjamkan wang berjumlah 10 juta rupiah (RM2,785) yang diminta olehnya.

"Dia kembali semula ke rumah mangsa sambil membawa palu besi untuk memukul Kristina sebanyak tiga kali hingga maut.

"Jeritan wanita itu kemudiannya didengari suaminya, Agus yang turut dibunuh Yusa tanpa belas kasihan. Dia melakukan perbuatan sama terhadap Christian.

Artikel Berkaitan:

"Sejurus melakukan pembunuhan itu, suspek melarikan sejumlah barangan berharga milik keluarga guru itu termasuk kereta, dompet dan telefon bimbit," jelas jurucakap polis.

Yusa juga dipercayai tidak berpuas hati kerana pergaduhan yang tercetus antara Kristina dan orang tua mereka yang dikatakan meminta izin mahu menikah lagi.

"Ia didorong oleh rasa dendam dan sakit hati," katanya lagi.

Sebelum ini, pelaku mempunyai rekod jenayah ragut di wilayah Gurah.

Jenazah tiga sekeluarga itu telah disemadikan di dalam satu liang lahad di Dusun Gondanglegi, Desa Pandantoyo, Kecamatan Ngancar, Kabupaten Kedir. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!