Jangan biarkan gabungan BN dibuli - Ka Siong

Ka Siong ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Jubli Emas ke-50 BN yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, WTCKL pada Sabtu.
Ka Siong ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Jubli Emas ke-50 BN yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, WTCKL pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) tidak boleh terus membiarkan gabungan itu dibuli oleh mana-mana parti politik termasuk kerajaan.

Sehubungan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan agar ahli gabungan berkenaan lantang berbicara menegakkan kebenaran.

“Kita BN jangan dibuli. Pantang dibuli. Kita pernah jadi kerajaan, pembangkang... tidak mengapa. Kita perlu hormat pandangan berlainan.

“Tak mungkin semak dan imbang tidak menjadi sebahagian daripada prinsip demokrasi. Sebab itu MCA berperanan untuk semak dan imbang. Kalau menteri cakap tak betul, saya betulkan.

“Sekarang ini terbukti saya saya tak cakap salah. Paling penting, jangan heret saya... nama saya. Kamu kata saya guna data yang tidak betul. Itu data yang kamu beri pada ahli Parlimen parti lain bukan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Jubli Emas ke-50 BN yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Tambah Ka Siong, jika ada mana-mana ahli Parlimen gabungan tidak kira UMNO dan MIC menjadi ‘mangsa serangan’ oleh parti daripada kerajaan atau pembangkang, beliau bakal bangkit membantu mereka.

Menurutnya, kesungguhan yang ditonjolkan itu merupakan semangat sejati BN.

Artikel Berkaitan:

“Kita diibaratkan sebagai aur dengan tebing... kita adik beradik. Siapa nak buli Ka Siong, Saravanan (Timbalan Presiden MIC), kalian perlu tengok pasukannya adalah 30 ahli Parlimen daripada BN.

“Kalau kita berupaya tunjuk kekuatan, solidariti... sudah tentu, ia akan dihormati,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!