Tiga kanak-kanak lemas mandi di tasik

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah tasik di Jalan Kunyit, Taman Sri Amar Kampung Melayu Majidee malam ini. - Foto: JBPM
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah tasik di Jalan Kunyit, Taman Sri Amar Kampung Melayu Majidee malam ini. - Foto: JBPM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga kanak-kanak ditemui lemas ketika mandi di sebuah tasik di Jalan Kunyit, Taman Sri Amar Kampung Melayu Majidee malam ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah Faris Farhan Mohd Sani,14, Muhammad Haziq Nor Kamal, 10 dan Muhammad Rozie Iskandar Shahbin Abdullah,11.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau bersama satu jentera dan Unit Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 malam ini.

"Seorang lagi rakan mangsa iaitu Mohd Faiz Haikal Abdullah, 13, berjaya menyelamat diri. Berdasarkan maklumat kesemua mereka sedang memancing petang tadi.

"Kemudian mereka bermandi-manda di kawasan tersebut sebelum tiga daripada mereka lemas dalam tasik berkeluasan 200 kaki dan berkedalaman 3 meter itu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mayat mangsa lemas yang ditemui dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. - Foto: JBPM
Mayat mangsa lemas yang ditemui dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. - Foto: JBPM

Saiful Bahri berkata, pihak bomba melakukan operasi pencarian di permukaan tasik dan berjaya menemui ketiga-tiga mangsa sebelum disahkan telah meninggal dunia.

"Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi tujuan bedah siasat dan operasi ditamatkan pada jam 9 malam ini," katanya.

Artikel Berkaitan: