Lelaki maut kemalangan dalam perjalanan ke surau

Motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas lalu mangsa terjatuh ke dalam longkang dipenuhi air di Kampung Gong Kepas Dalam, Setiu pada Jumaat.
Motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas lalu mangsa terjatuh ke dalam longkang dipenuhi air di Kampung Gong Kepas Dalam, Setiu pada Jumaat.
A
A
A

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam di sini pada pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, dalam perjalanan menuju ke Surau Alor Jernih dekat sini sekitar jam 6.15 pagi.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.

"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah terbabas ke tepi jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7. 50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!