Sabah FC ke suku akhir

Pemain Sabah FC Farhan Roslan (kanan) diasak pemain PT Athletic FC Fendi Othman (kiri) pada saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Pemain Sabah FC Farhan Roslan (kanan) diasak pemain PT Athletic FC Fendi Othman (kiri) pada saingan Piala Malaysia 2024/2025 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SABAH FC mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis.

Tiga gol separuh masa kedua bermula dengan jaringan Darren Lok minit ke-67, Stuart Wikin (m-77) dan Joao Pedro (m-81) membolehkan The Rhinos menewaskan PT Athletic dengan agregat 7-0.

Pada 23 November lalu, Sabah menewaskan PT Athletic 4-0 hasil jaringan Saddil Ramdani (m-13), Daniel Haqim Draman m-19), Daniel Ting (m-76) sebelum gol sendiri pemain pertahanan PT Athletic, Yusri Yuhasmadi (m-79) melabuh aksi timbal balik pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu.

Kemenangan itu membolehkan Sabah berdepan pemenang satu lagi aksi di antara Penang FC menentang Kuching City di Stadium Negeri yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.

PIALA MALAYSIA 2024/25

PUSINGAN 16

PERLAWANAN KEDUA

RABU (27 NOVEMBER)

KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

Sabah FC 3-0 PT Athletic

(Sabah mara suku akhir dengan agreget 7-0)

PERLAWANAN

JUMAAT (29 NOVEMBER)

PDRM FC (2) lwn (1) Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Perbandaran Selayang, 8.30 malam)

Terengganu FC (4) lwn (1) Melaka FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

SABTU (30 NOVEMBER)

Perak FC (3) lwn (0) Kelantan Darul Naim FC

(Stdm Majlis Perbandaran Manjung, 8.30 malam)

Kuching City (1) lwn (0) Penang FC

(Stdm Negeri, 7.30 malam)

Johor Darul Ta’zim (3) lwn (0) Kuala Lumpur Rovers

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 5.30 petang)

AHAD (1 DISEMBER)

Selangor FC (1) lwn (1) Sri Pahang FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.30 malam)

Kuala Lumpur City (2) lwn (3) Kedah Darul Aman

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

* Dalam kurungan keputusan timbal balik perlawanan pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!