Tentera Israel makin ramai tewas di medan tempur

TEL AVIV - Kegilaan rejim Zionis untuk melancarkan perang yang panjang akhirnya membawa padah setelah data rasmi menunjukkan peningkatan mendadak jumlah askar mereka yang terbunuh di Genting Gaza dan selatan Lubnan.
Rejim Tel Aviv merekodkan kematian tertinggi pada bulan lalu dengan 62 anggota tentera maut selepas kali terakhir berdepan situasi sama pada Disember 2023 yang menyaksikan 110 askar terbunuh.
Angka itu diperoleh daripada data rasmi dikeluarkan laman web Kementerian Hal Ehwal Luar yang merekodkan 780 kematian anggota tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sejak lebih 12 bulan lalu.
“Ia termasuk seramai 365 askar yang tewas di medan tempur di Gaza, Lubnan dan Tebing Barat. Kebanyakan anggota hanya dikenali dengan nama, pangkat dan unit mereka. Butiran lanjut tentang punca kematian mereka tidak dinyatakan,” menurut laporan Press TV.
Selain itu, data baharu dikeluarkan jabatan pemulihan tentera juga menunjukkan pertambahan angka anggota cedera setelah hampir 1,000 mengalami kecederaan di Beirut.
Difahamkan, maklumat sebenar tentang angka kematian askar Israel ditapis pemerintah dan jumlah keseluruhan dipercayai jauh lebih tinggi berbanding yang dihebahkan kepada umum.
Ketika ini Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba menunjukkan kepada dunia tentang pencapaian mereka di medan perang sedangkan keupayaan pasukan tentera mereka semakin lemah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Bantah kenaikan kos sara hidup, penunjuk perasaan bakar bangunan di Perancis
18 Oktober 2026 08:39amSangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri
18 Oktober 2026 07:30amMansour Abbas kingmaker dalam politik Israel
18 Oktober 2026 07:03am10 negara paling kecil di dunia
18 Oktober 2026 06:59amEmpat maut, dua cedera dalam insiden berbalas tembakan di Narathiwat
17 Oktober 2026 09:22pmWanita maut tergelincir dari puncak air terjun ketika bersantai bersama rakan
17 Oktober 2026 12:50pmNik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
17 Oktober 2026 11:06amDua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
17 Oktober 2026 09:25am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pm

