Pantai Bisikan Bayu dipenuhi sampah

Pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang lebihan makanan di tepi Pantai Bisikan Bayu dan bukannya ke dalam tong sampah yang disediakan.
Pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang lebihan makanan di tepi Pantai Bisikan Bayu dan bukannya ke dalam tong sampah yang disediakan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Timbunan sampah sarap yang tidak diurus dengan baik selain sikap kurang cakna pengunjung menjadikan kawasan Pantai Bisikan Bayu, Semerak kini kotor dan hilang seri.

Persekitaran pantai itu yang diuar-uarkan antara destinasi menarik sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK 2020) kini dipenuhi sampah dan tidak terurus.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian mendapati masih ada pengunjung berkelah di kawasan pantai itu walaupun mengakui tidak selesa berdepan sampah di sepanjang jalan dan tepi pantai.

Pengunjung, Raizurah Junoh, 37, berkata, dia terpaksa ‘menutup mata’ mengunjungi pantai itu kerana tiada pilihan lain untuk beriadah bersama anak-anak.

Pantai Bisikan Bayu semakin hilang 'seri' apabila ia dipenuhi sampah.
Pantai Bisikan Bayu semakin hilang 'seri' apabila ia dipenuhi sampah.

Menurutnya, Pantai Bisikan Bayu mempunyai pemandangan yang cantik jika diselenggarakan dengan baik dan pengunjung bersama menjaga kebersihan.

“Bagaimanapun, kawasan itu dipenuhi sampah kerana kegagalan pengurusan sisa dan plastik makanan selain sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang hanya meninggalkan sampah di tempat berkelah,” katanya ketika ditemui di Pantai Bisikan Bayu di sini semalam.

Bagi peniaga, Rohani Mohd Nor, 61, masalah sampah itu turut menjejaskan pendapatannya kerana pengunjung hanya singgah beberapa minit sahaja sebelum berlalu pergi.

Artikel Berkaitan:

Rohani hanya mampu melihat barangan jualannya apabila tiada pengunjung yang datang.
Rohani hanya mampu melihat barangan jualannya apabila tiada pengunjung yang datang.

Menurutnya, sebelum ini sampah di kawasan Pantai Bisikan Bayu diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi kini sudah tidak seperti dulu.

“Saya merayu pihak berkuasa tempatan menyelenggara sampah di sekitar pantai dan pengunjung dapat menjaga kebersihan,” katanya.