Israel tawar idea mengarut, syarat serah jasad Yahya Sinwar

TEL AVIV - Kabinet perang Israel mengutarakan idea tidak masuk akal di bawah 'kontrak' pertukaran jasad pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dengan baki lebih 100 tawanan di Genting Gaza.
Cadangan mengarut itu dibuat ketika mesyuarat keselamatan Knesset pada akhir minggu lalu sebagai jalan penyelesaian bagi pembebasan kumpulan tersebut yang ditahan di Gaza sejak lebih setahun lalu.
Pada Sabtu, CNN memetik kenyataan sumber rejim Tel Aviv melaporkan pemerintah kononnya mahu mencari kaedah bagi menamatkan peperangan di wilayah tersebut melalui pertukaran tawanan dengan menggunakan jasad Sinwar untuk proses tawar-menawar.
“Ia bergantung kepada keputusan Hamas. Jika tidak, jasad Sinwar tidak akan dikembalikan kepada mereka,” jelas sumber diplomatik itu lagi.
Kira-kira tiga hari sebelum itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga memberi jaminan tidak pasti kepada Hamas yang dibenarkan meninggalkan Gaza tanpa diapa-apakan rejim Zionis jika baki tawanan dibebaskan.
Ia disusuli dengan tindakan pesawat Israel yang menggugurkan risalah di Khan Yunis memaparkan gambar Sinwar setelah terkorban dengan mesej provokasi 'Hamas tidak lagi akan memerintah Gaza' yang mengulangi kenyataan retorik Netanyahu, di tengah-tengah kempen pengeboman yang semakin sengit di wilayah tersebut.
“Sesiapa yang meletakkan senjata dan menyerahkan tawanan kepada kami akan dibenarkan pergi dan teruskan hidup,” menurut kandungan risalah itu lagi.
Sinwar gugur syahid di tangan musuh ketika serbuan ganas di Tal al-Sultan di Rafah pada Rabu lalu dan laporan autopsi menunjukkan kematian beliau disebabkan oleh tembakan pada kepalanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Langit Kalimantan bertukar jingga akibat jerebu, kebakaran hutan
14 Oktober 2026 12:05pm'Bukan tolak bantuan Jepun, Indonesia mampu tangani kebakaran sendiri' - BNPB
14 Oktober 2026 11:08amLarangan hijab di sekolah Azerbaijan cetus bantahan
14 Oktober 2026 10:30amDua lelaki curi kad bank penumpang dalam pesawat ditahan
14 Oktober 2026 10:09am[VIDEO] Bekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
13 Oktober 2026 02:41pmKerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
13 Oktober 2026 02:42pmAnggota tentera maut dilanggar lori selepas tercampak dari jejambat
13 Oktober 2026 04:19pmTiga remaja direnjat elektrik, bendera perarakan terkena kabel pencawang voltan tinggi
14 Oktober 2026 12:20am

