HAVAL H6 HEV teknologi hibrid serba canggih

James (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute, Azrul Reza Aziz (dua dari kiri) melancarkan GWM Haval H6 HEV di sini pada Rabu.
James (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute, Azrul Reza Aziz (dua dari kiri) melancarkan GWM Haval H6 HEV di sini pada Rabu.
A
A
A
PETALING JAYA - Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan GWM HAVAL H6 HEV dengan menggabungkan teknologi hibrid serba canggih, reka bentuk menarik dan ciri terkini dengan harga RM139,800 seunit.

Timbalan Presiden GWM Global, James Yang berkata, SUV Segmen - C Hibrid itu diperkenalkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White dan Sun Black.

“Mereka yang membeli HAVAL H6 HEV akan layak menerima tiga tawaran waranti daripada GWM.

James menyampaikan ucapan pada pelancaran GWM HAVAL H6 HEV pada Rabu.
James menyampaikan ucapan pada pelancaran GWM HAVAL H6 HEV pada Rabu.



"Pertama, waranti enjin selama 10 tahun atau sejuta kilometer (km), waranti sistem HEV selama lapan tahun atau sejuta km dan waranti penuh kenderaan selama tujuh tahun atau 200,000 km.

"HAVAL H6 HEV juga dikuasakan enjin turbo hibrid 1.5 liter yang menggabungkan kuasa petrol dan elektrik untuk memberikan pemanduan lancar sejauh 1,000 kilometer (km)," katanya ketika Majlis Pelancaran GWM HAVAL H6 HEV di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, tawaran istimewa turut diberikan kepada pembeli awal dengan rebat sebanyak RM3,000 jika membuat tempahan selewat-lewatnya 20 Oktober ini.

Ujarnya, pelanggan juga akan menerima penyelenggaraan percuma selama lima tahun bagi pemilik yang mendapatkan GWM HAVAL H6 HEV pada 2024, ia termasuk alat ganti dan kos buruh.

James melancarkan GWM HAVAL H6 HEV pada Rabu.
James melancarkan GWM HAVAL H6 HEV pada Rabu.

Artikel Berkaitan:


"Pada masa sama, GWM turut menyediakan tawaran kesetiaan pelanggan menerusi pemberian rebat tambahan RM3,000 kepada pemilik kenderaan sedia ada.

"Selain itu, gabungan kuasa 243 PS dan 530 Nm menjanjikan pecutan yang lancar dan pengendalian responsif menerusi teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dengan kelajuan 0-100 km per jam dalam masa 7.7 saat," jelasnya.

Tambah beliau, GWM HAVAL H6 HEV telah dinobatkan sebagai SUV terlaris di China selama sembilan tahun berturut-turut dengan rekod jualan global melebihi empat juta unit.

Menurutnya, kenderaan SUV itu juga dilengkapi beberapa ciri keselamatan terkini seperti Advance Driver Assistance System (ADAS), Auto Reversing Assistance (ARA) dan enam beg udara.

"Ia juga didatangkan dengan mod Parallel Drive yang inovatif, memastikan peralihan cekap antara sumber kuasa dan pecutan serta pemanduan lancar sepanjang masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!