'Harap ayah ada pusara macam orang lain' - Anak Sabari
KUBANG PASU - Keluarga Sabari Baharom, 62, berharap jasad bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan itu segera dijumpai oleh pasukan penyelamat agar dapat dikebumikan di pusara dengan sempurna.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata, mereka sekeluarga juga mendoakan agar urusan pencarian jasad bapa mereka di Sungai Padang Terap di Wang Tepus dipermudahkan.
“Saya dan keluarga mengharapkan ayah ada kuburnya macam orang lain agar kami boleh ziarah nanti. Jadi walaupun cuma jasad, saya harap sangat semua pihak yang terlibat dapat mencari ayah dengan sedaya upaya mereka.
“Saya tahu mereka yang terlibat mencari ayah memang pakar dalam bidang ini, sebab kalau saya sendiri yang nak cari memang tak mampu dan mustahil akan jumpa,” katanya semasa ditemui di lokasi pencarian bapanya di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, di sini pada Selasa.
Menurut Muhammad Amir, mereka sekeluarga juga menyerahkan semua urusan siasatan kepada pihak polis selepas suspek berjaya ditahan susulan laporan kehilangan bapanya itu pada 4 September lalu.
“Saya kini menyerahkan semua urusan selanjutnya kepada polis, saya memang setuju apa yang polis buat kerana kalau tidak memang tak dapat dan tak tahu apa sebenarnya berlaku.
“Mungkin ada yang menganggap polis tak buat apa-apa itu cuma tanggapan kita sebab diam sahaja tetapi rupa-rupanya polis Malaysia memang hebat,” ujarnya.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan misteri kehilangan Sabari di Baling akhirnya terungkai selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki membunuh mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, hasil soal siasat suspek, Sabari dikatakan dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
@sinarharianonline Harap ayah ada pusara macam orang lain - Anak Sabari BULETIN TIKTOK 1 OKTOBER 2024 Keluarga Sabari Baharom, 62, berharap bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan itu akan ditemui oleh pasukan penyelamat dengan segera agar dapat dikebumikan di pusara dengan sempurna. Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi, 25, berkata, mereka sekeluarga mendoakan urusan pencarian di Sungai Padang Terap di Wang Tepus, Jitra dipermudahkan dan bapanya memiliki kubur seperti orang lain untuk diziarahi. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Jenayah #Bunuh #Hilang #SabariBaharom #Keluarga #Pusara #Kubur
original sound - Sinar Harian