Angkasawan Rusia kembali ke bumi selepas 374 hari berada di ISS

ISTANBUL - Dua angkasawan Rusia kembali ke bumi selepas menghabiskan 374 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi angkasa negara itu pada Isnin.
Roscosmos menerusi platform Telegram memaklumkan kapsul Soyuz MS-25 yang membawa Oleg Kononenko dan Nikolay Chub mendarat berhampiran bandar Jezkazgan di Kazakhstan pada jam 2.59 petang waktu Moscow (1159GMT).
Kapsul itu turut membawa angkasawan NASA, Tracy Dyson, yang berada di orbit selama 184 hari.
Menurut Roscosmos, Kononenko dan Chub mencatat rekod paling lama berada di stesen itu.
Dengan kepulangannya, Kononenko turut mencatat rekod baharu berada di angkasa lepas dengan jumlah 1,111 hari sepanjang menyertai lima misi.
Rekod bagi tempoh keberadaan tunggal paling lama di angkasa masih dipegang oleh Valery Polyakov, yang berada di orbit selama 438 hari pada 1994-1995 di stesen angkasa Mir. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Polis Indonesia sahkan penglibatan pihak asing dalam 98 kes kebakaran hutan
19 Oktober 2026 10:07pmAhli Parlimen Australia cedera parah dalam insiden disyaki serangan gunakan kenderaan
19 Oktober 2026 08:35pmKebakaran hutan di Indonesia: Bantuan luar perlu tunggu pengisytiharan bencana nasional
19 Oktober 2026 07:12pmKebakaran hutan Indonesia: Hampir dua juta hektar kawasan musnah
19 Oktober 2026 06:51pmSuami orang maut gara-gara berebut janda
19 Oktober 2026 08:20amDKU Negeri Sembilan mohon komital terhadap MB, 10 Exco dan enam lain
19 Oktober 2026 01:28pmMPV dinaiki dua beranak dihempap kontena dalam kejadian di kawasan Jalan Sepanggar pada petang Ahad.Dua beranak maut MPV dihempap kontena
19 Oktober 2026 08:02am'Buatlah apa kamu nak buat, untuk saya berundur tidak sama sekali' - Akmal Saleh
19 Oktober 2026 06:54pm- Iklan -- Iklan -
