Fenomena air pasang besar diramal cecah 5.8 meter pada Jumaat

Pusat Operasi Bencana Daerah Klang (DDOC) pada Selasa mengeluarkan jadual air pasang surut dan taburan hujan susulan fenomena air pasang besar yang diramal mulai hari ini hingga Sabtu. Gambar hiasan
Pusat Operasi Bencana Daerah Klang (DDOC) pada Selasa mengeluarkan jadual air pasang surut dan taburan hujan susulan fenomena air pasang besar yang diramal mulai hari ini hingga Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Operasi Bencana Daerah Klang (DDOC) pada Selasa mengeluarkan jadual air pasang surut dan taburan hujan susulan fenomena air pasang besar yang diramal mulai hari ini hingga Sabtu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang, bacaan paras air paling tinggi dijangka mencecah 5.8 meter pada jam 7.23 pagi pada Jumaat ini selain ribut petir di beberapa tempat.

Pada Rabu, bacaan paras air laut pada tahap 5.5 meter jam 6.08 pagi, manakala sebelah petang dijangka mencapai 5.2 meter, kedua-duanya bersama ramalan ribut petir.

Jadual air pasang surut dan taburan hujan yang dikeluarkan pada Selasa.
Jadual air pasang surut dan taburan hujan yang dikeluarkan pada Selasa.

Pada Khamis (19 September) pula, bacaan paras air laut adalah 5.7 meter jam 6.47 pagi dan hujan, sementara sebelah petang jam 6.59 dijangka mencecah 5.2 meter tanpa hujan.

Ramalan pada Jumaat pula menunjukkan bacaan pada tahap 5.2 meter jam 7.36 malam dan cuaca diramalkan baik pada waktu tersebut berbanding pada waktu pagi.

Sementara pada Sabtu iaitu 21 September, bacaan paras air laut adalah 5.6 meter jam 7.56 pagi, manakala air laut dijangka setinggi 5 meter jam 8.11 malam, dengan cuaca diramal baik sepanjang hari.

Pusat Operasi Bencana Klang boleh dihubungi menerusi talian 03-3371 6700 atau menerusi aplikasi WhatsApp 010-973 1963.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!