Gigi manusia jadi 'inti tambahan' kuih bulan

Gigi manusia yang didakwa 'terselit' di dalam inti kuih bulan tersebut. Foto Agensi
Gigi manusia yang didakwa 'terselit' di dalam inti kuih bulan tersebut. Foto Agensi
A
A
A

NANJING - Seorang wanita di China membuat penemuan menggemparkan apabila dia menemui gigi manusia di dalam kuih bulan berinti daging yang dibeli dengan harga 30 yuan (RM19) di pasar raya Sam's Club di Changzhou, wilayah Jiangsu.

Dia turut berkongsi kisah itu di platform perkongsian video, Douyin pada awal bulan lalu.

Menerusi klip tersebut, wanita itu dilihat memegang geraham manusia dengan isi daging terselit pada celahnya.

“Keluarga saya baru sahaja makan separuh kuih bulan ini sebentar tadi.Ia amat menggelikan,” katanya.

Wanita itu turut menjelaskan gigi misteri itu bukan milik ahli keluarganya dan dia telah membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Seorang pengguna Douying menyifatkan insiden gigi sesat di dalam kuih bulan itu sebagai 'menjijikkan'.

Sementara itu, pengguna di platform X cuba berjenaka dengan menyatakan, 'ia bukan hanya mengandungi daging, malah lengkap dengan kalsium'.

Menurut Yangtze Evening News, rangkaian pasar raya Amerika Syarikat (AS) itu telah melancarkan siasatan dalam terhadap kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Pengeluarnya yang tidak didedahkan menegaskan insiden seperti itu tidak mungkin berlaku kerana kesemua produk mereka diperiksa dengan menggunakan teknologi sinar X untuk mengesan serpihan tulang daripada daging yang dicincang. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!