4 terbunuh, 3 cedera dalam kebakaran disyaki berpunca basikal elektrik
SHENYANG - Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman pada Jumaat malam di Shenyang, ibu kota Wilayah Liaoning di timur laut China, menurut pengumuman pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut siasatan awal, kebakaran itu dipercayai disebabkan oleh sebuah basikal elektrik yang terbakar ketika sedang dicas di luar bangunan, yang berkemungkinan telah menyalakan lapisan penebat bangunan terbabit.
Butiran khusus mengenai kejadian itu masih dalam siasatan. - Bernama-Xinhua