Yusoff Rawther akan buat permohonan benar ikat jamin - Peguam

Rafique Rashid (tengah) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Rafique Rashid (tengah) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan agar mahkamah membenarkannya dijamin selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis.

Perkara itu dinyatakan peguamnya, Rafique Rashid dalam satu sidang media di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Jelas Rafique, permohonan tersebut akan dibuat apabila kes tersebut dipindahkan ke mahkamah tinggi kelak.

"Permohonan tersebut berasaskan tiga sebab utama, antaranya faktor keselamatan anak guamnya yang sedang memfailkan satu kes yang tidak dinyatakannya.

“Kami mohon Jabatan Peguam Negara (AGC) melihat kes Yusoff ini, adalah penting sekiranya AGC tidak membantah permohonan jaminan kerana keselamatan beliau amat penting,” katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, Rafique turut berharap pihak Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan telus berhubung dua laporan yang dibuat Yusoff dan keluarganya sebelum ini.

“Kita harap Polis Diraja Malaysia profesional, telus dan menyiasat dua laporkan polis yang dibuat Yusoff dan keluarganya yang menyatakan dengan jelas penama-penama yang harus disiasat,” ujarnya.

Terdahulu peguamnya itu memaklumkan, Muhammed Yusoff direman selama enam hari sejak Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini, menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Pada 14 Julai 2021, dia memfailkan saman mendakwa telah diserang Presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Dakwanya lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!