Pengurangan kadar tol berita baik buat rakyat Johor

Pengurangan kadar tol PLUS sebanyak 18 peratus berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam Jumaat.
Pengurangan kadar tol PLUS sebanyak 18 peratus berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam Jumaat.
A
A
A

KULAI - Kerajaan negeri menyifatkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd mulai semalam, merupakan berita gembira buat rakyat di negeri ini terutama mereka yang bekerja di Singapura.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, langkah baik kerajaan Persekutuan itu juga sekali gus dilihat dapat membantu mengurangkan beban pengguna jalan raya.

“Semua sedia maklum, ramai rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan mereka menggunakan lebuh raya, jadi pengurangan kadar tol ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurangan kadar tol PLUS bermula jam 12 tengah malam ini

Pengguna lebuh raya mula nikmati pengurangan kadar tol

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS termasuk Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) yang merupakan antara laluan utama ke Singapura selain Tambak Johor.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: