Sila log masuk terlebih dahulu.

OKU cuba bunuh diri dipenjara enam bulan

Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan cuba membunuh diri.
Tertuduh (tengah) dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan cuba membunuh diri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang cuba membunuh diri dengan menjerut leher menggunakan tali nilon dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas tertuduh, Mohamad Sani Isa, 38, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba menggantungkan diri dengan tali nilon pada siling di sebuah rumah di Kuala Nerus pada jam 10.10 malam, 23 Disember lalu.

Tindakan nekad itu dipercayai dilakukan tertuduh akibat tekanan hidup.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 1 Januari lalu mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.

Hukuman penjara terhadapnya berkuatkuasa bermula tarikh tangkapan iaitu pada 23 Disember lalu.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: