Jojo tumbangkan Cruz, raih RM216,699

[DIKEMAS KINI] JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan petarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Dalam aksi yang didominasi sepenuhnya oleh petarung muda berusia 17 tahun itu, Jojo nyata bukan tandingan dengan siri tumbukannya berjaya beberapa kali menjatuhkan Cruz sebelum lawannya yang berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.
Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Boumous wira Selangor, kekalkan rekod sempurna Liga Super
01 November 2026 11:50pmPenang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih
01 November 2026 11:30pmSRG juara MPL Malaysia kali keenam berturut-turut
01 November 2026 11:12pmPM beri semangat Hakim Danish terus bangkit, buru kejayaan
01 November 2026 10:54pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
