14 maut selepas bas penumpang India tergelincir di Nepal

"Setakat ini, 14 orang terkorban. Operasi menyelamat sedang dijalankan," kata Shukra Chuman, Pengerusi Perbandaran Luar Bandar Aanbookhaireni di Daerah Tanahun, Wilayah Gandaki, kepada Xinhua.
Bas dari India yang membawa 43 orang penumpang itu terjunam ke tebing Sungai Marsyangdi di Aanbookhaireni, namun sebuah batu besar menghalang bas itu daripada di bawa arus lebih jauh lagi, kata jurucakap polis daerah, Deepak Kumar Raya.
Foto yang dikeluarkan oleh Tentera Nepal di media sosial menunjukkan bas itu terdampar di tebing sungai.
Deepak Kumar memberitahu Xinhua bahawa 36 orang telah diselamatkan manakala 15 daripada mereka masih tidak sedarkan diri.
"Pencarian baki tujuh orang lagi masih diteruskan," katanya, sambil menambah bahawa kemalangan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke ibu kota Kathmandu dari Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular di Nepal.
Pada mulanya, Deepak Kumar melaporkan jumlah penumpang bas seramai 40 orang.
Baik Deepak Kumar mahupun jurucakap Pasukan Polis Nepal masih belum mengesahkan kematian dalam kemalangan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Penceroboh Israel serang delegasi diplomatik di Tebing Barat
18 Oktober 2026 09:34amBantah kenaikan kos sara hidup, penunjuk perasaan bakar bangunan di Perancis
18 Oktober 2026 08:39amSangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri
18 Oktober 2026 07:30amMansour Abbas kingmaker dalam politik Israel
18 Oktober 2026 07:03amSangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri
18 Oktober 2026 07:30am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pmBudak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola
17 Oktober 2026 08:22pmMayat bayi tanpa kepala: Wanita 23 tahun direman
18 Oktober 2026 11:34amPegawai AKPS maut: Suasana pilu, tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah Norhazwani
18 Oktober 2026 08:59am
