[VIDEO] Kopi panas penyelamat kucing daripada membeku

Diwisch mengambil keputusan mencurah air kopi ke ekor kucing tersebut.
Diwisch mengambil keputusan mencurah air kopi ke ekor kucing tersebut.
A
A
A

ALBERTA - Tindakan seorang lelaki mencurahkan kopi panas ke atas dua ekor kucing berjaya menyelamatkan haiwan itu daripada mati kesejukan dalam timbunan salji.

Lelaki tersebut, Kendall Diwisch berkata, dia menemui tiga anak kucing tersebut ketika melakukan pemeriksaan di Jalan Drayton Valley, Alberta, Kanada, lapor Bored Panda.

Menurutnya, dia mendengar bunyi kucing mengiau di kawasan itu sebelum menemui tiga haiwan tersebut dalam keadaan kesejukan.

"Saya dengan segera kembali ke kereta dan ketika itu saya cuma ada kopi panas. Saya curah ke ekor kucing tersebut dan ia berkesan. Kucing-kucing itu turut minum air kopi tersebut.

"Namun air kopi itu tidak cukup untuk cairkan keseluruhan ais tersebut. Saya tarik sedikit ekor kucing tersebut dan akhirnya haiwan itu berjaya diselamatkan serta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Dalam pada itu, Diwisch berkata, kucing tersebut dibawa pulang ke rumahnya untuk diberi makan dan dipanaskan selepas mereka terperangkap kesejukan di luar.

Perkongsian Diwisch di Facebook miliknya itu kini tular di media sosial.

"Saya tidak sangka kisah tersebut akan tular di media sosial dan kucing-kucing ini juga sudah mempunyai keluarga baru.

Artikel Berkaitan:

"Ramai yang mesej saya mahu menjadi keluarga angkat buat kucing-kucing ini, namun saya mengambil keputusan memilih sebuah keluarga yang tinggal di Drayton Valley," katanya.

Sementara itu, perkongsian Diwisch di Facebook kini meraih 8,800 tanda suka dan 5,500 warga maya berkongsi kisah tersebut.

Rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Diwisch dalam menyelamatkan kucing terbabit.

"Tidak sangka air kopi panas menjadi penyelamat ekor kucing itu daripada beku. Sungguh terkejut dengan fakta ini. Terbaik apa yang abang lakukan," tulis Helena Roughter di Facebook.

Holly Jensen pula berkata, "Terima kasih kerana menjadi manusia yang mempunyai budi pekerti tinggi yang menyelamatkan binatang tersebut. Terus lakukan kebaikan dan tunjukkan sikap positif."

Posted by Kendall Diwisch on Wednesday, January 22, 2020