Empat bahagian menang tanpa bertanding di Pahang

Wan Mohd Shaharir
Wan Mohd Shaharir
A
A
A

KUANTAN - Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang kali ini dilihat lebih menarik apabila empat daripada 12 bahagian menang tanpa bertanding.

Pengerusi Bersatu Pahang, Wan Mohd Shaharir Wan Abdul Jalil berkata, bahagian yang menang tanpa bertanding ialah di Rompin, Paya Besar, Bentong dan Cameron Hinglands.

Menurutnya, lapan lagi bahagian di negeri Pahang berdepan dengan pertandingan tiga dan dua penjuru.

"Saya difahamkan pertandingan penjuru membabitkan bahagian di Kuantan, Raub, Bera, Kuala Krau dan Temerloh manakala empat lagi bahagian di Kuala Lipis, Jerantut dan Maran terlibat pertandingan satu lawan satu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: