KPDN serbu stor haram, lima individu ditahan

Ops Bersepadu itu dilakukan bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi serta memfokuskan serbuan ke stor-stor haram di sepanjang Sungai Golok.
Ops Bersepadu itu dilakukan bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi serta memfokuskan serbuan ke stor-stor haram di sepanjang Sungai Golok.
A
A
A

TUMPAT - Empat lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan di sebuah stor haram di kawasan Sungai Ular, di sini pada Khamis.

Serbuan dilakukan semasa operasi Bersepadu bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi serta memfokuskan serbuan ke stor-stor haram di sepanjang Sungai Golok oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, susulan daripada operasi itu tiga tindakan kes dihasilkan melalui serbuan di tujuh lokasi pangkalan haram tersebut.

"Lima suspek yang ditahan berusia 20 hingga 40-an dan mereka akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Turut disita ialah minyak petrol sebanyak 200 liter dengan anggaran nilai RM400, beberapa peralatan yang digunakan bagi tujuan aktiviti penyelewengan dan dua buah kenderaan bernilai RM8,400," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPDN Kelantan telah menyita minyak petrol sebanyak 200 liter dengan anggaran nilai RM400 dan beberapa peralatan yg digunakan bagi tujuan aktiviti penyelewengan.
KPDN Kelantan telah menyita minyak petrol sebanyak 200 liter dengan anggaran nilai RM400 dan beberapa peralatan yg digunakan bagi tujuan aktiviti penyelewengan.

Azman memberitahu, operasi ini merupakan langkah tegas pihak berkuasa untuk menangani isu penyeludupan barang kawalan bersubsidi di kawasan sempadan, serta memberi kesan terhadap aktiviti haram yang merugikan ekonomi negara.

"Kerjasama bersepadu ini juga menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan ketenteraman awam di kawasan sempadan terjaga dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"KPDN Kelantan sentiasa melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!