Malaysia sedia tawar bantuan kepada Turki: TPM

Perkongsian Wan Azizah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan rata-rata netizen turut bersimpati atas kejadian menimpa masyarakat di Turki.
Perkongsian Wan Azizah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan rata-rata netizen turut bersimpati atas kejadian menimpa masyarakat di Turki.
A
A
A

SHAH ALAM – Insiden gempa bumi di timur Turki awal pagi tadi yang telah mengorbankan 14 nyawa mengundang kesedihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kejadian menyentuh hati itu turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkongsi kesedihan itu laman Facebooknya.

“Doa saya bersama dengan mereka yang cedera dan keluarga mereka yang kehilangan nyawa.

“Rakyat Malaysia bersama dengan rakyat Turki dalam tempoh sukar ini dan bersedia menawarkan bantuan disebabkan malapetaka ini,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, perkongsian Wan Azizah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan rata-rata netizen turut bersimpati di atas kejadian yang telah menimpa masyarakat di Turki.

“Semoga penduduk di sana dipermudahkan oleh ALLAH selepas kejadian ini. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Semoga Malaysia menghantar bantuan di sana kerana mereka merupakan sebuah negara Islam,” tulis Hidayah Ali di Facebook.

Hashim Rahim pula memberitahu, “Kami rakyat Malaysia berdoa agar mereka diberi kekuatan dan kemudahan di sana. Saya juga mengharapkan Malaysia membantu Turki kerana kita sebagai negara Islam kena membantu negara Islam yang memerlukan pertolongan."

Terdahulu, gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 skala richter itu berlaku di timur Turki pada 1.55 pagi tadi (waktu Malaysia).

ARTIKEL BERKAITAN Gempa bumi kuat gegar Turki

Artikel Berkaitan: