Pejabat TPM buat laporan polis terhadap Raymond Cheah

Kad yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar kanan: Wan Azizah
Kad yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar kanan: Wan Azizah
A
A
A

PUTRAJAYA- Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan membuat laporan polis terhadap Raymond Cheah yang dipercayai menyalahgunakan nama baik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam kenyataannya, pejabat itu berkata, individu tersebut tidak pernah dilantik sebagai penasihat Dr Wan Azizah.

"Justeru itu sebarang urusan yang melibatkan individu terbabit tiada kaitan langsung dengan pejabat ini," katanya.

Lewat malam tadi, pentadbir laman Facebook Dr Wan Azizah menerusi statusnya memuat naik kenyataan itu dan juga kad nama Raymond yang tertera jawatan kononnya sebagai penasihat.

Kad itu juga mempunyai lambang kerajaan persekutuan selain nombor telefon individu terbabit.

Artikel Berkaitan: