Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara

Tuanku Syed Faizuddin Putra (lima dari kanan) mencemar duli melawat AMC di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain, Makkah.
Tuanku Syed Faizuddin Putra (lima dari kanan) mencemar duli melawat AMC di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain, Makkah.
A
A
A

SHAH ALAM - Prihatin dengan pelbagai risiko yang perlu dihadapi jemaah haji dan umrah dalam cuaca ekstrem di Tanah Suci Makkah, syarikat takaful dari negara ini memberi perlindungan takaful kepada lima negara.

Perlindungan insurans takaful daripada Al Khairi Insurance Limited (AKIL) itu bukan sahaja dapat menjamin aspek penjagaan kesihatan jemaah malahan boleh menjimatkan perbelanjaan pengurusan jemaah.

Pengarah Urusan Kumpulan Al-Khairi Berhad, Datuk Seri Dr Mohd Khairi Mat Jahya berkata, menerusi inisiatif berkenaan semua jemaah haji dan umrah dilindungi sepanjang tempoh perjalanan serta keberadaan mereka di Tanah Suci.

"Setakat ini, kita sudah menguruskan pemberian perlindungan ini kepada seramai 230,000 jemaah umrah dan 35,000 jemaah haji.

"Ia meliputi jemaah lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Mohd Khairi (kanan) meninjau kemudahan perubatan yang terdapat di AMC.
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi Mohd Khairi (kanan) meninjau kemudahan perubatan yang terdapat di AMC.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mencemar duli melawat Pusat Kesihatan Al-Bayt (AMC) di Menara Jam Wakaf Khadimul Haramain di Makkah.

Keberangkatan baginda yang turut diiringi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disambut Ketua Pegawai Eksekutif Medex Healthcare Services Limited (MEDEX), Dr Abdullah Zaher dan Pengarah Perubatan MEDEX, Dr Khaled Hamu.

Artikel Berkaitan:

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau dan mendengar taklimat berkaitan inisiatif perlindungan takaful antara AKIL, MEDEX serta AMC yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bertitah mengingatkan jemaah haji dan umrah supaya mengutamakan aspek kesihatan ketika berada di Tanah Suci.

Titah baginda, kesihatan diri adalah faktor penting yang dapat menjamin kesempurnaan ibadah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!