73 hilang tempat tinggal, 5 rumah musnah dalam kebakaran

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

LIMBANG - Tujuh puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 5.47 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, turut dikerah ke lokasi kejadian ialah pasukan bantuan dari BBP Sipitang serta pasukan bomba sukarela dari Kampung Pemukat dan Kampung Punang.

"Lima rumah musnah 100 peratus menyebabkan 73 penghuni hilang tempat tinggal manakala seorang lelaki berusia 73 tahun melecur di bahagian tangan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.09 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!