Banyak data kesihatan tidak digital - KJ

Khairy ketika berucap sempena Simposium Kesihatan NCCM 2024. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Khairy ketika berucap sempena Simposium Kesihatan NCCM 2024. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SUBANG JAYA - Selain berdepan masalah kekurangan jururawat, doktor dan tenaga pakar dalam sektor kesihatan, Malaysia turut terbeban dengan pengurusan data yang tidak efisien.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, perkara tersebut telah menyukarkan golongan terlibat untuk menguruskan maklumat susulan gagal melalui pendigitalan.

"Malaysia mempunyai banyak data tersedia tetapi tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana tidak digital, tidak diintegrasi, malah sukar dicerap untuk dianalisa.

"Ia kekal sebagai data, tetapi apa yang kita mahukan adalah cerapan daripada data tersebut untuk dianalisa, melainkan ia dipersembahkan dengan cara tertentu.

"Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih (merekod) guna kertas. Ada sesetengah sistem (data) jabatan lain tidak disambung ke jabatan lain. Bayangkan hospital utama negara masih tidak urus data secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Kesihatan sempena Kongres Kanser Kebangsaan 2024 (NCCM 2024) di sebuah universiti swasta pada Ahad.

Khairy antara panelis Simposium Kesihatan sempena Kongres Kanser Kebangsaan 2024 (NCCM 2024) pasa Ahad. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Khairy antara panelis Simposium Kesihatan sempena Kongres Kanser Kebangsaan 2024 (NCCM 2024) pasa Ahad. Foto SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Khairy menegaskan, perkara tersebut memerlukan perhatian daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi menyediakan sejumlah dana untuk menaiktaraf pengendalian data di hospital terlibat.

Artikel Berkaitan:

Malah ujarnya, beberapa perkara lain termasuk kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan juga pernah diutarakan ketika belaiu menyandang jawatan dalam Kabinet.

"Tiada sebarang perjawatan tetap baharu dibuka sejak 2016, semua diberikan jawatan kontrak.

"Jadi (selepas pandemik Covid-19) saya pergi ke MoF, Perdana Menteri dan jabatan berkaitan untuk menuntut 40,000 perjawatan tetap bagi mengiktiraf pengorbanan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengakui kos pengurusan sektor kesihatan semakin meningkat dan membebankan negara.

Menurutnya, hampir 80 peratus kes kesihatan pesakit dirujuk ke hospital dan klinik kerajaan manakala 20 peratus yang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta, perlu keluarkan duit sendiri kerana tiada insurans.

"Mereka perlu bayar lebih kerana tidak mahu menunggu rujukan ke hospital kerajaan yang memakan masa lebih lama," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!