Azeem, Shereen terlepas slot merit ke Paris 2024

Shereen (kiri) dan Azeem terlepas slot merit ke Sukan Olimpik Paris. Foto: Agensi
Shereen (kiri) dan Azeem terlepas slot merit ke Sukan Olimpik Paris. Foto: Agensi
A
A
A

JAGUH pecut, Muhammad Azeem Fahmi dan ratu trek Shereen Samson Vallabouy terlepas tiket automatik ke Olimpik Paris 2024.

Ini kerana usaha keras Azeem dan Shereen di saingan Terbuka Kazakstan tidak mencukupi untuk mereka layak secara merit ke temasya sukan terbesar dunia itu yang bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Terbuka Kazakhstan adalah peluang terakhir untuk kedua-dua pelari berkenaan melayakkan diri secara merit sekurang-kurangnya menerusi kedudukan ranking kelayakan ke Paris.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka masih boleh melayakkan diri menerusi slot wild card.

Azeem yang perlu muncul juara dan mencatat masa 10.20 saat (s) dalam saingan 100 meter (m) untuk melonjakkan kedudukan rankingnya sekadar meraih gangsa dengan catatan 10.37s pada aksi final kejohanan yang berlangsung di Almaty.

Sementara itu, Shereen yang muncul juara saingan 400m bagaimanapun keputusan terbabit belum lagi mengesahkan kedudukannya sama ada berpeluang beraksi di Olimpik Paris apabila perlu menunggu kemas kini ranking pada Isnin ini.

Berdasarkan kepada situasi terkini, Shereen perlu menembusi kelompok 48 pelari terbaik dengan memecah rekod kebangsaan miliknya iaitu 57.79s namun dia gagal melakukan catatan itu di bumi Kazakhstan.

Tarikh tutup untuk mencadangkan atlet bagi slot wild card adalah pada 8 Julai.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert J Ballard berkata adalah malang bahawa Azeem dan Shereen gagal layak berdasarkan merit untuk ke Olimpik.

"Terserah kepada KOM untuk mencadangkan salah seorang daripada mereka untuk wild card," kata jurulatih dari Australia itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!