Abang ugut adik dengan pisau ditahan polis

Suspek dikatakan bertindak mengugut dengan sebilah pisau pemotong daging kerana tidak berpuas hati dan mengajak pengadu bergaduh sambil mengacukan pisau yang sama untuk kali kedua.Gambar hiasan
Suspek dikatakan bertindak mengugut dengan sebilah pisau pemotong daging kerana tidak berpuas hati dan mengajak pengadu bergaduh sambil mengacukan pisau yang sama untuk kali kedua.Gambar hiasan
A
A
A

GERIK - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mengugut adiknya dengan sebilah pisau pemotong daging ketika keluarga berkumpul meraikan Hari Raya Aidiladha di Felda Bersia di sini pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada adik lelaki suspek yang berusia 47 tahun pada jam 12.36 tengah malam.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam apabila suspek berusia 54 tahun tidak berpuas hati ditegur kerana telah mencampuri urusan keluarga pengadu.

"Suspek bertindak mengugut dengan sebilah pisau pemotong daging kerana tidak berpuas hati dan mengajak pengadu bergaduh sambil mengacukan pisau yang sama untuk kali kedua.

"Tangkapan dibuat terhadap suspek dan lelaki itu direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya di sini pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Siasatan lanjut akan dilakukan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!