Sultan Kelantan berkenan sembelih lembu

Sultan Muhammad V bersedia untuk menyempurnakan penyembelihan lembu sempena Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Sultan Muhammad V bersedia untuk menyempurnakan penyembelihan lembu sempena Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
A
A
A

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Daging lembu yang dianggarkan seberat satu tan itu antara yang akan diagihkan kepada asnaf dan fakir miskin.

Penyembelihan dilaksanakan di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada Selasa itu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Hasnan Ramli berkata, pihaknya mengorbankan sebanyak 53 ekor lembu termasuk tujuh daripadanya merupakan kurniaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

"Tahun ini, MAIK mengagihkan daging korban kepada 2,000 ketua isi rumah asnaf terpilih," katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau memberitahu, pengagihan daging korban dilaksanakan dengan bantuan masjid di seluruh jajahan Kota Bharu bermula petang ini.

Persediaan dilakukan sebelum Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Persediaan dilakukan sebelum Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Ada lembu yang turut disumbangkan oleh kerabat diraja, agensi kerajaan dan masyarakat untuk bersama menceriakan masyarakat miskin di daerah ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut berangkat memeriahkan majlis, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sultan Muhammad V turut mencemar duli meluangkan masa kira-kira 40 minit beramah mesra bersama rakyat sebelum berangkat pulang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!