Dua legenda rock negara selesai tunai haji

Amy bersama isteri, Norhasniza serta Ella dan suami, Azhar Ghazali. Foto Instagram Amy Search/Ella
Amy bersama isteri, Norhasniza serta Ella dan suami, Azhar Ghazali. Foto Instagram Amy Search/Ella
A
A
A

DUA legenda rock tanah air, Datuk Amy Search dan Ella selamat menunaikan haji tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan mereka yang kini berada di Tanah Suci menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi masing-masing pada Isnin.

Amy atau dengan nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 66, menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu bersama isterinya, Norhasniza Hassan, manakala Ella, 56, pula bersama suaminya, Azhar Ghazali.

“Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah daripada ALLAH SWT buat mu Hajah Nor, hari panggilan yang dinantikan dan lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh di hari lahirmu.

"Begitulah aturan Allah SWT. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Zulhijjah 1445 bersamaan 15 Jun 2024.

"Semoga kita mendapat haji mabrur. Selamat hari lahir hajah Nor Hasniza Hassan," katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Sementara itu, Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminudin turut mengucapkan rasa syukur kerana berjaya sempurnakan sebahagian daripada Rukun Haji bersama suaminya.

“Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!