Keluarga lega, tiada pengakuan kes bunuh Zayn Rayyan

Zahari
Zahari
A
A
A

PETALING JAYA – Kakak kepada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin, lega apabila wanita berusia 29 tahun itu tidak membuat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Kakaknya yang enggan dikenali itu juga percaya, perasaan sama turut dikongsi rakyat Malaysia yang setia menanti perkembangan kes berkenaan.

“Saya bersama ahli keluarga datang ke mahkamah hari ini dari Damansara, untuk mendapatkan perkembangan terbaharu membabitkan kes adik bongsu daripada tujuh beradik itu.

“Kami akan datang semula esok,” kata kakak berusia 42 tahun itu, selepas ditanya jika pertuduhan mahupun pembebasan dibuat terhadap ibu bapa Zayn Rayyan, 6, selepas tempoh reman tamat pada Khamis.

Sementara itu, datuk kepada kanak-kanak istimewa itu, Zahari Mohd Reba, 56, hanya membalas ringkas ketika ditanya pihak media, selepas mendapat tahu menantunya tidak membuat pengakuan berhubung kes bunuh itu.

“Ya (mengangguk tanda lega), Alhamdulillah, Insya-ALLAH, semua ahli keluarga kuat, kami akan datang ke mahkamah lagi esok.

"Saya tidak mahu beri sebarang kenyataan dah menyerahkan semuanya kepada peguam,” katanya.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!