Isteri mati dibunuh suami

Mangsa ditemui maut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang. Tangkap layar (kanan) rakaman video memaparkan pasukan anggota polis mengangkat mayat mangsa dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang pada Jumaat.
Mangsa ditemui maut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang. Tangkap layar (kanan) rakaman video memaparkan pasukan anggota polis mengangkat mayat mangsa dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita maut dibunuh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka di Bandar Botanik, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, makluman kejadian kira-kira jam 7 pagi itu diterima pihaknya selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang juga abang suspek.

Menurutnya, mangsa berusia 28 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di bahagian leher dan tangan kanan.

"Hasil bedah siasat mangsa didapati terdapat 12 luka hiris dan luka kelar antaranya di bahagian telinga kiri, pipi kiri, dagu, leher, bahu kanan, lengan kanan dan jari manis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hoong Fong
Hoong Fong

Beliau berkata, berikutan itu, pada hari yang sama sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suami mangsa.

Katanya, suspek berusia 31 tahun yang juga bekerja sebagai pemandu lori itu kini direman tujuh hari sehingga 14 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah Hoong Fong, siasatan awal mendapati suspek dan isterinya (mangsa) mempunyai masalah rumah tangga sejak perkahwinan dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Pasangan itu meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam bulan," katanya.

Ujarnya, siasatan masih dijalankan dan beberapa saksi akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk ahli keluarga terdekat sebelum kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Sebelum itu, kejadian itu turut tular di aplikasi X menerusi rakaman video berdurasi 33 saat oleh penduduk di pangsapuri terbabit yang memaparkan pasukan polis mengangkat mayat mangsa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!