Kejohanan NCAA: Muhammad Azeem, rakan-rakan menang emas 4X100m

Muhammad Azeem
Muhammad Azeem
A
A
A

ATLET pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi membantu Universiti Auburn memenangi acara 4X100 meter (m) lelaki di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Oregon Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Muhammad Azeem bersama tiga lagi rakan sepasukan Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba mencatatkan masa 38.03 saat (s) dan melepasi catatan masa terbaik musim mereka sebelum ini 38.38s ketika saringan pada Khamis.

Universiti Louisiana State (LSU) menang perak dengan catatan 38.21s manakala Universiti Houston yang mencatatkan 38.25s, gangsa.

Muhammad Azeem ialah pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s dan mencatatkan masa terbaik peribadi musim ini 10.24s ketika menyertai Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu akan menyertai beberapa kejohanan berturut-turut dimulai dengan Terbuka Malaysia pada 14-16 Jun, diikuti Terbuka Kazakhstan pada 23-24 Jun dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia pada 2-5 Julai. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!