Sila log masuk terlebih dahulu.

Takal angkat seni parodi alih suara filem 80-an

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2024

Kumpulan Takal yang popular dengan konten parodi alih suara gaya tahun 80-an berjaya mengangkat populariti filem Melayu selain membawa mereka kembali mengimbau kenangan pada zaman itu.

Kumpulan yang diketuai Ocong atau nama sebenarnya Mohd Shah Iskandar, Emy (Muhd Helmy Nazri) dan Ifik (Mohd Iftikhar) mula mewarnai industri pembuatan konten digital bermula tahun lalu.

Pengasas kumpulan tersebut, Ocong, 32, berkata, inspirasi untuk mencipta kandungan berbentuk parodi itu dilakukan selepas menonton filem Azura yang diterbitkan pada 1984.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667537/berita/hiburan/takal-angkat-seni-parodi-alih-suara-filem-80-an

Muzik: Elevate dari www.bensound.com