Kejutan Nur Izzuddin-Sze Fei di Singapura

Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mara ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menumpaskan pasangan China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis. Foto Agensi.
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mara ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menumpaskan pasangan China dalam saingan pusingan kedua pada Khamis. Foto Agensi.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura sebentar tadi.

Malah kemenangan pasangan negara itu memberi tamparan hebat kepada gandingan China itu yang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Izzuddin-Sze Fei yang tidak layak ke Paris dan menghuni ranking ke-14 dunia memperagakan aksi bertenaga apabila menang 21-13, 21-16 dalam tempoh 40 minit pada aksi pusingan kedua di Stadium Tertutup Singapura.

"Kami bermain dengan baik bermula dari set pertama dan kemudian berjaya mengawal rentak permainan dalam perlawanan hari ini (Khamis).

"Saya fikir kunci kemenangan kami adalah komunikasi. Kami sentiasa berbincang untuk setiap mata yang diraih," ujar Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Kemenangan ini adalah kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu buat Izzuddin-Sze Fei yang berjaya mara ke suku akhir selepas turut berbuat demikian pada Malaysia Masters minggu lalu.

Mereka bagaimanapun gagal meloloskan diri ke separuh akhir kejohanan di Kuala Lumpur itu setelah kalah kepada pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Menanti Nu Izzuddin-Sze Fei dalam aksi suku akhir ialah pemenang perlawanan antara pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!