Warga emas rentung dalam kebakaran kereta

Kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga Iswara terbakar dalam anggaran 90 peratus. Foto JBPM Perak
Kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga Iswara terbakar dalam anggaran 90 peratus. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Laluan Sri Kuang 3, Desa Lasi di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.46 malam sebelum jentera bomba bersama lapan anggota tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang dijilat api kira-kira 90 peratus.

"Terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan tersebut. Operasi pemadaman tamat pada 2 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!