Cuaca panas tahap 2 di tiga daerah di Pantai Timur

Status cuaca panas Semenanjung dan Sabah serta Sarawak pada 28 Mei.
Status cuaca panas Semenanjung dan Sabah serta Sarawak pada 28 Mei.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga berikutan terdapat 3 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (gelombang haba) iaitu ( Kuala Krai dan Pasir Mas) Kelantan dan (Besut) Terengganu.

Jabatan itu memaklumkan, terdapat 18 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Perlis, (Padang Terap, Sik, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu) Kedah, (Timur Laut) Pulau Pinang, (Hulu Perak dan Kuala kangsar) perak, (Pasir Puteh, Jeli, Gua Musang, Kota Bharu dan Tanah Merah) Kelantan dan (Setiu) Terengganu.

“Terdapat 2 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Beluran dan Sandakan,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Jelasnya, tahap gelombang haba adalah suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.

“Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!