'Meter air kena curi'

Mohd Sukri menunjukkan meter air yang dicuri.
Mohd Sukri menunjukkan meter air yang dicuri.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidur malam penghuni rumah flat di Seksyen 24 di sini tidak lena kerana perlu berjaga-jaga selepas beberapa rumah di sini berdepan kecurian meter air.

Kejadian itu disedari seorang mangsa yang menghuni Blok 57, Mohd Sukri Mohd Zain, 39, apabila dimaklumkan jiran bahawa berlaku kehilangan meter air, kira-kira jam 4 petang pada Isnin.

Risau dengan situasi yang berlaku, dia kemudiannya keluar rumah untuk membantu jiran berkenaan.

Kecurian meter air berlaku di rumah flat di Seksyen 24
Kecurian meter air berlaku di rumah flat di Seksyen 24

“Sebelum menuju ke rumah jiran, saya melakukan pemeriksaan di bahagian meter air di tingkat bawah.

“Rupa-rupanya meter air milik saya turut dicuri,” katanya kepada Sinar Harian pada malam Isnin.

Katanya, hasil tinjauan di Blok 57, terdapat dua lagi kecurian meter air, menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan empat buah rumah.

“Saya syak kecurian berlaku sewaktu hujan lebat pada waktu petang. Lagipun kami tidak menyedari apa yang berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini meter air empat rumah dilaporkan hilang akibat dicuri.
Setakat ini meter air empat rumah dilaporkan hilang akibat dicuri.

Menurut Mohd Sukri, dia kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak Air Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kecurian ini menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian apabila dimaklumkan perlu membayar RM40 sebagai upah pemasangan.

“Mereka juga memberitahu akan melakukan pemasangan meter air baru dalam tempoh tiga hari bekerja,” katanya.

Kehilangan meter air itu juga kata Mohd Sukri memberi kesulitan buat keluarganya kerana tidak mempunyai simpanan air mencukupi.

Mohd Sukri menambah, kejadian serupa turut berlaku di Blok 3 dan Blok 4 di sini melibatkan beberapa penghuni.

“Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak saya menetap di sini, lebih lima tahun lalu,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!